Logo PEKAWARIS
Logo PEKAWARIS
Logo PEKAWARIS
Logo PEKAWARIS
Logo PEKAWARIS

MATLAMAT PEKAWARIS

Membantu mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi ahli-ahlinya dan masyarakat Rembau

Merapatkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan di kalangan ahli-ahli dan masyarakat Rembau

Merangsang generasi muda waris Rembau untuk memajukan diri mereka mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan kerjaya

Mengukuhkan institusi adat melalui aktiviti bercorak kebudayaan dan inisiatif yang relevan

Membantu mengukuhkan kewangan kumpulan wang waris Rembau dan memiliki aset untuk tujuan pertubuhan

Platform kepada waris Rembau untuk memberi sumbangan kepada masyarakat Rembau

SEJARAH

Idea menubuhkan platform anak-anak waris Rembau dibincang sejak 2007 oleh arwah Dato'Seri Prof.Hj. Kamarudin Hj. Kachar, Mej. Jen (B) Dato' Yunus Long dan arwah Dato' Hj.Abdul Aziz Singah Hasil beberapa siri perbincangan, sebuah Jawatankuasa Penaja dibentuk dengan perkenan YTM Dato' Undang Luak Rembau Pelancaran rasmi pada 30 Mei 2009, dalam Jamuan Makan Malam Mutiara Waris Rembau di Dewan Besar Baru, Majlis Daerah Rembau, dihadiri lebih kurang 300 tetamu, termasuk YAB Menteri Besar Negeri Sembilan YTM mengisytharkan diri sebagai Penaung PEKAWARIS dan menggalakkan:


  • Pengumpulan anak-anak waris Rembau yang gemilang & terbilang dalam satu persatuan
  • Penerbitan Profil Waris Rembau

PEKAWARIS lahir daripada inisiatif kepimpinan waris Rembau untuk menyatukan jaringan anak waris yang cemerlang, dengan penaungan rasmi Undang Rembau, demi memajukan komuniti melalui platform tersusun


RASIONAL PENUBUHAN PEKAWARIS

Rasional penubuhan PEKAWARIS ada digariskan dalam dokumen pelancaran PEKAWARIS. Ianya dapat memberi semangat dan dorongan kepada anak-anak waris Rembau untuk menyumbang, setakat mana yang termampu, kepada pembangunan dan kemajuan kampung kita, Rembau. Antara lain “Rasional Penubuhan PEKAWARIS” menggariskan:


  • Ramai anak waris yang berasal dari kampung tradisi
  • Rembau yang telah berjaya dengan cemerlang dalam pencapaian pendidikan tinggi, kerjaya, profesional, perniagaan, bidang seni lakon dan seni nyanyi dan lain-lain Dan asas kejayaan tersebut adalah atas usaha sendiri dan dorongan ibu bapa masing-masing yang juga berasal dari kampung
  • Kejayaan sebilangan besar anak waris Rembau tersebut mahupun diperingkat nasional atau internasional patut dijadikan tauladan dan panduan kepada generasi muda Waris Rembau

JAWATANKUASA

PEKAWARIS 2025 - 2027

Penaung

Yang Teramat Mulia (YTM) Undang Luak Rembau Dato’ Sedia Raja Hj Abd Rahim Bin Hj Yasin

Presiden

Tun Raus Bin Sharif

Timbalan Presiden

Dato' Hj. Hanif Bin Hassan

Naib Presiden

Tuan Hj. Muhamad Daud Bin Hj. Sharif

Setiausaha Kehormat

Dato' Ahamad Zufami Bin Mohd Ghazali

Penolong Setiausaha Kehormat

En. Muhammad Fiqri Bin Dato Firdaus Muhammad Rom

Bendahari Kehormat

Dato' Hj. Abdullah Bin Hj. Abas

Pegawai Seranta Kehormat

En. Zohaimi(Che Mi) Bin Hj. Abu Hashim

Ahli Jawatankuasa

Datuk Seri Azman Bin Ujang

Brig.Gen (B) Kamarudin Bin Mustapha

Dr.Hj.Mohamad Bin Abd.Ghani

Cik Yazleen Binti Mohd Yazid

En.Emirul Sarifudin Bin Nor Azmi

Pn.Salwah Binti Sharif

En.Khairul Azim Bin Suhaimi

INISIATIF

Program dan Aktiviti Terkini

Golf Amal

Acara Golf Amal untuk mengumpul dana bagi menambah baik kemudahan perpustakaan sekolah dan menyediakan biasiswa pendidikan

Program Pendidikan

Program pembangunan pendidikan untuk generasi muda waris Rembau

Inisiatif Kebajikan

Inisiatif kebajikan untuk menyokong golongan yang memerlukan di Rembau

Penerbitan Buku

Inisiatif buku profil anak Rembau dan buku tatacara adat Rembau

Klinik Bola Sepak

Klinik bola sepak untuk memupuk bakat sukan di kalangan generasi muda

Program Kebudayaan

Program kebudayaan untuk memelihara dan mempromosikan warisan Rembau

HUBUNGI KAMI

DAFTAR PEKAWARIS

Bersama Membangunkan Generasi Masa Depan